startminer

startMiner - free and simple next generation Bitcoin mining software

Sunday 23 March 2014

UFUN MALAYSIA: BORANG PENDAFTARAN

UFUN MALAYSIA: BORANG PENDAFTARAN



TAWARAN HEBAT

PELUANG HEBAT !!!
Syarikat menawarkan sistem perkongsian keuntungan (e-share). Sistem ini seperti beli saham. 
Beli pada harga rendah, jual pada harga mahal.
Sistem ini terbukti BERJAYA. Contoh syarikat yang menjalankan sistem ini :-
Syarikat pertama - bertapak selama 7 tahun (SMI Singapore)
simpan 1000, dapat 1 juta selepas 7 tahun
telah lahirkan 12,000 org jutawan

Syarikat kedua - bertapak selama 1 tahun 
(mFace - MBI Company),
simpan 1000 dapat 20,000 selepas 1 tahun




Kini masanya UFUN CLUB mengikut jejak SMI capital 

dan Mface Club (MBI holding).

Syarikat ketiga UFUN CLUB / Sagajuta Sabah,yang akan MELETOP!!!
menggunakan konsep yg sama.
Selain itu, pelbagai barang shopping seperti JAM, BEG TANGAN, PRODUK KESIHATAN  dengan PERCUMA!!!



HARTANAH YANG DITAWARKAN

Monday 30 December 2013

Buat RM1juta dengan SIMKAD TUNETALK TONEEXCEL








Terima kasih kerana mengunjungi blog ini, hari ni saya nak kongsikan satu peluang perniagaan yang mudah dan murah, yang dapat memberi manfaat dan keuntungan yang dikongsi semua insyaAllah, saya antara salah seorang dari beribu-ribu peserta yang telah menyertai program ni. Pada pandangan satu sudut saya melihat ia merupakan satu rahmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita supaya dengannya kita dapat berusaha dan mendapat rezeki yang diredhai insyaAllah. Perkara kedua ini adalah peluang buat semua yang ingin berubah kearah kehidupan yang lebih baik dan dengannya kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan peserta yang sebelum ini kita tidak pernah kenal siapa mereka ini. Peluang ini kalau dibuat secara usahasama dan sepakat dikalangan masyarakat tidak mustahil setiap kita ini akan merasai akan keuntungannya. Jikalau setiap daripada kita ini sentiasa menyokong dan tidak mempunyai persepsi negatif setiap perniagaan itu nescaya semua antara kita ini akan mendapat manfaat.Maka tajuk diatas kita dapati tidak menjadi sesuatu yang mustahil untuk diusahakan. Sistem perniagaan umpama sel-sel badan yang sentiasa bersambung dan berhubung, selama mana kitaran itu berhubung menjadikan badan manusia akan kekal berfungsi dengan baik. jika salah satu sel itu itu bersambung maka akan ade kerosakan dibahagian anggota tersebut. Melihat kepada perkara ini seharusnya kita bersama-sama menyokong antara satu sama lain tidak kira lah dalam program apa pun jika kita berusaha secara usahasama insyaAllah dipermudahkan setiap jalan yang kita usahakan itu. sama-samalah kita menyokong antara kita semoga rezeki itu sentiasa terbentang luas insyaAllah...

Sunday 3 November 2013

salam hormat kepada semua teman blogger, mulakan hari ini dengan perkongsian maklumat yang dapat memberi manfaat kepada semua dan juga dapat menambah kesedaran sedikit sebanyak tetang kesihatan oral yang selama ini mungkin kita dah tahu sedikit sebanyak mengenainya... jemput kepada semua teman blogger untuk follow blog ni..sokongan teman-teman amat dihargai..terima kasih..

http://pergigiandungun.blogspot.com/

Sunday 24 February 2013

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam: Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. ...


Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.
Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.
6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.
9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Wednesday 30 January 2013

Usah Ragu Terhadap Allah



IMAN adalah membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan (beramal). Dengan demikian, iman kepada Allah bererti meyakini dengan sepenuh hati Allah itu ada.

Sebagai Muslim, jangan ada sebarang keraguan terhadap Allah. Kadang-kadang kita alpa untuk mencari dan mengenali Allah. Ilmuwan, ustaz serta mubaligh janganlah berputus asa dalam memperkenalkan Allah kepada penganutnya yang masih tercicir dengan ilmu tauhid ini.

Gunakan segala kebijaksanaan dalam mengajar, manalah tahu cara berhikmah kita menjadi sebab untuk mereka akhirnya mencintai Allah terutamanya kepada yang setengahnya mengenal Tuhan menggunakan logik akal saja tanpa berpandukan hujah naqli (ayat al-Quran dan hadis).

Islam sememangnya logik dan masuk akal walaupun berbicara mengenai perkara ghaib, qada dan qadar, jin dan sebagainya yang hanya nampak tersembunyi sedangkan sangat jelas kalau dilihat de�ngan dalil al-Quran dan hadis serta rohani yang bersih.



Sebagai contoh yang kita pernah dengar sekiranya kita membelek kitab ringan untuk mereka yang baru belajar, rasanya sangat sesuai untuk tatapan remaja di ruangan tazkirah kali ini.


Contohnya, kisah seorang pemuda yang belajar di negara barat kononnya mendakwa dirinya pandai. Apabila pulang ke tanah air, dia mencari orang pandai kerana ingin berhujah mengenai ketuhanan dan perkara ghaib.

Akhirnya dia bertemu seorang tua yang alim. Tanya pemuda berkenaan: Anda siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan saya?

Jawab orang tua berilmu itu: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan cuba menjawab pertanyaan anda.

Tanya pemuda: Anda yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Jawab orang tua alim itu: Insya-Allah saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Tanya pemuda: Saya ada tiga pertanyaan.


1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka memiliki unsur yang sama. Sama-sama daripada api. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba orang itu menampar pipi pemuda itu dengan kuat. Tanya pemuda itu sambil menahan sakit: Kenapa anda tampar saya, adakah marah kepada saya?

Jawab orang alim itu: Saya tidak marah... tamparan itu adalah jawapan saya atas tiga pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Tanya orang alim: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Jawab pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Tanya orang alim: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Jawab Pemuda: Ya.

Tanya alim: Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Jawab Pemuda: Saya tidak mampu.

Orang alim: Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita tidak nampak sakit tapi rasa sakit dan percaya adanya sakit itu. Allah tidak nampak tetapi kena percaya adanya Allah. Semua merasakan ada Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Tanya orang alim: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Jawab pemuda: Tidak.

Tanya alim lagi: Apakah anda terfikir akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Jawab pemuda: Tidak.

Si alim menjawab: Itulah yang dinamakan takdir, kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari-hari mendatang.

Tanya si alim lagi: Tangan saya diperbuat daripada apa yang digunakan untuk menampar anda?

Jawab pemuda: Kulit.

Tanya si alim lagi: Pipi anda dibuat daripada apa?

Jawab pemuda: Kulit.

Tanya si alim lagi: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Jawab Pemuda: Sakit.

Jawab si alim: Tangan saya dan pipi anda sama sahaja. Ada kulit, daging tetapi anda boleh rasa sakit juga. Jika Tuhan berkehendak maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.

Sebagaimana juga tangan saya sama ada daging atau kulit, sepatutnya anda tidak merasa sakit.

Semoga contoh tidak seberapa ini akan menjadi iktibar mengenai yang ghaib dan tersembunyi sebenar ada dan mesti dipercayai.

Sunday 23 September 2012

Ustaz Azhar Idrus: Himpunan Kata-kata (Hikmah-Insaf-Semangat)



Kematian adalah satu kejadian yang mempunyai hikmah yang tersendiri.Setiap makhluk samada dia suka atau tidak pasti akan menghadapi mati.

Allah berfirman yang maksudnya:
” Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali”.(al-Anbiya ayat 35)

“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)

Pengalaman saya mendapati ramai yang tidak tahu apa perlu buat sebaik saja salah seorang dari keluarga mereka meninggal.Melainkan membiarkan sahaja jenazah hingga Imam atau pengurus jenazah tiba.

Saya harap dengan penerangan yang ringkas di bawah dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.

Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, langkah langkah berikut hendaklah dilakukan sambil beringat bahawa jenazah hendaklah sentiasa di hormati.

Mati itu adalah suatu kejutan.Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:

“Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan.”

Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) “Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia.”
Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
Rapatkan mulutnya
Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
Luruskan kakinya.
Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.

wallahua'lam
sumber : Fitrah Islami Online

RENUNG-RENUNGKAN

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman