startminer

startMiner - free and simple next generation Bitcoin mining software

Monday 14 May 2012

RUKUN ISLAM

Rukun Islam bermaksud; menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknyaKEISLAMAN yang sempurna.
  1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruhnya ” Dengan Syahadatain, iaitu, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s. w. t. dan Nabi Muhamad s. a. w. itu adalah pesuruhnya.
  2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM, iaitu, dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikutsusunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s. a. w.
  3. MENGELUARKAN ZAKAT, iatu, dengan zakat, kita mengabdikan diri kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
  4. BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN, iaitu, dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akn melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s. w. t.
  5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH, iaitu, dengan mengerjakan Haji, kitamenyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah bagi mereka yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Share539

6 comments:

Anisa Anuar said...

datang dari blog SANTRI T.P.I.N.I
okay je blog kamu..owh yea...entry ni terima kasih atas perkongsian...
kalau boleh, komen ini kamu settingkan ke open new window...memudahkan pembaca untuk meninggalkan komen..
semoga berjaya dalam arena blog ini...

maszull said...

assalamualaikum....mama dtg dr blog santri... n3 yang menarik semoga follower akan bertambah dan terus maju dlm dunia berblogging ini...:)

Kayu Manis said...

saya pun..

good luck.

kusyawal said...

terima kasih, harap saya dapat belajar dari sahabat sekalian..

Ce'gu JAERA said...

salam sahabat.. bekunjung dari blog Santri.. skrng saya online guna Hanpon... tak dapat gambaran jelas tentang blog ni kalau tngok melalui HP>.

ada masa saya akan follow blog ni... insya Allah kita akan saling betukar idea dan pendapat tentang penulisan alam blogging..

kusyawal said...

insyaAllah sahabat sekalian.. semoga semua input dapat kita kongsi bersama dan memberi manfaat kepada kita semua..