startminer

startMiner - free and simple next generation Bitcoin mining software

Sunday 23 September 2012

Ustaz Azhar Idrus: Himpunan Kata-kata (Hikmah-Insaf-Semangat)



Kematian adalah satu kejadian yang mempunyai hikmah yang tersendiri.Setiap makhluk samada dia suka atau tidak pasti akan menghadapi mati.

Allah berfirman yang maksudnya:
” Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu akan kembali”.(al-Anbiya ayat 35)

“Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.”
(al-A’raf ayat 34)

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng benteng yang tinggi lgi kukuh.” (An Nisa’ ayat 78)

Pengalaman saya mendapati ramai yang tidak tahu apa perlu buat sebaik saja salah seorang dari keluarga mereka meninggal.Melainkan membiarkan sahaja jenazah hingga Imam atau pengurus jenazah tiba.

Saya harap dengan penerangan yang ringkas di bawah dapat membantu kita apabila tiba tiba kita terserempak dengan jenazah yang baru meninggal di rumah.

Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, langkah langkah berikut hendaklah dilakukan sambil beringat bahawa jenazah hendaklah sentiasa di hormati.

Mati itu adalah suatu kejutan.Apabila melihat atau mendengar berita kematian hendaklah mengucapkan:

“Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jualah kita dikembalikan.”

Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.(Pastikan aurat jenazah tidak terdedah).
Rapatkan kedua belah matanya dan berdoa (sunat) “Dengan nama Allah dan Rasul, Ya Allah ampunkan dia dan kasihanilah dia.”
Qiamkan kedua tangannya saperti dalam solat.
Rapatkan mulutnya
Ikat dagunya dan simpul diatas ubunnya.
Luruskan kakinya.
Ikatkan kedua ibu jari kakinya.
Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut jenazah untuk mengelakkan perut jadi buncit atau kembong.(Ada yang letak gunting atau quran)
Letakkan jenazah di tempat yang tinggi.
Tutup jenazah dengan sehelai kain yang nipis.Ini memudahkan wap keluar dan melambatkan ianya berbau.
Sunat meletakkan jenazah dengan kakinya menghadap ke Qiblat Kepala di tinggikan sedikit, beralas dengan bantal, supaya mukanya juga dapat di hadapkan ke Qiblat.

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan ahli keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Langkah seterusnya, kalau waris tidak mampu mengurus jenazah , bolehlah diminta pengurus jenazah di qariah tempat tinggalnya untuk menguruskannya.

wallahua'lam
sumber : Fitrah Islami Online

RENUNG-RENUNGKAN

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman